Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah mempunyai kelulusan B.Eng (Hons)
Chemical and Process Engineering dari University of Surrey, United Kingdom, dan memulakan
kerjaya beliau di Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) sebagai Graduate Process
Engineer pada tahun 1995. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 28 tahun dalam Industri
Minyak dan Gas, termasuk pernah ditugaskan di Oman selama 4 tahun dan pernah memegang
jawatan kanan selama 5 tahun di Kementerian Tenaga dan Jabatan Tenaga dan Perindustrian,
Jabatan Perdana Menteri. Di samping itu, beliau pernah berkhidmat selama hampir 2 tahun
dengan sebuah syarikat Kontraktor Minyak dan Gas tempatan.
Semasa di BSP, Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi telah memegang beberapa jawatan dalam disiplin
kejuruteraan sebagai Process Engineer, Offshore Campaign Engineer dan Front-End Engineer.
Beliau juga telah mengetuai beberapa Jabatan Kejuruteraan seperti Corporate Front-End
Engineering, West Asset Engineering, Onshore Engineering and Construction, dan Asset
Engineering Design, yang antara lain berperanan melaksanaan projek-projek bernilai tinggi.
Pada tahun 2013 hingga 2018, Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi telah diperbantukan sebagai Ketua
Pembangunan Perniagaan Perkhidmatan Tenaga di Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri
sebelum dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga & Industri), Setiausaha Tetap
(Industri) dan Setiausaha Tetap (Tenaga & Industri). Beliau juga dilantik dalam pelbagai
peranan di beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Badan Berkanun Kerajaan.
Beliau telah menyertai semula BSP pada tahun 2020 sebagai Pengarah Komersial. Pada tahun
2021, beliau dilantik menjadi Timbalan Pengarah Urusan BSP di samping tugas-tugas Pengarah
Komersial beliau.
Pada 24 Oktober 2023, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk melantik beliau sebagai Timbalan
Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri.